Monday, May 9, 2011
Sunday, May 8, 2011
Saturday, May 7, 2011
"Khabar Baik" dari Pengerusi PPS3
-sms
-07/05/2011
-11:29 PM
Tuesday, March 15, 2011
Program Remaja Hayatul Islam...
Friday, July 9, 2010
"MENJANA UKHWAH UMMAH"
Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad) / 28 Rejab 1431H
Masa : 8.00 malam (Solat Maghrib bersama Ustaz)
Tempat : Surau Hayatul Islam, Perumahan Seroja
Penceramah : Ustaz Mohd. Naim b. Hashim
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SERTA
ANAK-ANAK DIPERSILAKAN HADIR
# Sumbangan kuih-muih / derma ikhlas daripada jemaah adalah dialu-alukan.
# Aktiviti gotong-royong akan diadakan bermula jam 10.00 pagi (Ahad).
# Semoga usaha kita ini akan dapat direalisasikan dan diberkati, insyaAllah.
-TERIMA KASIH-
Monday, May 31, 2010
JADUAL KULIAH TERKINI
1) Kuliah Tasauf
Penceramah : Ustaz Zahidi abdullah
Tarikh : 06 Jul 2010 (Selasa)
Masa : Lepas Isyak
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir dan tolong hebahkan kepada yang lain
Thursday, March 25, 2010
Ceramah Maulidur Rasul Surau Hayatul Islam
Tuesday, September 22, 2009
Dah mula Puasa Enam ke...
Assalamualaikum semua...
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Thursday, September 17, 2009
ADAB BERHARI RAYA
Petikan asal bertajuk : "Berhari raya perlu ikut adab"Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
Sunday, September 13, 2009
ADAB-ADAB BERDOA
Berdoa kepada Allah s.w.t. sangat dianjurkan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ghafir :60; mafhumnya,
"Telah berkata Tuhan Kamu, berdoalah kepada-Ku nescaya Aku qabulkan doa kamu."
Mafhum firman-Nya lagi dalam Surah Al-A'raf:55,
"Serulah Tuhan-Mu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi."
* Ingatlah wahai muslimin dan muslimat, Baginda Nabi s.a.w. memperingatkan kita bahawa doa kita tidak akan diqabulkan oleh Allah s.w.t. jika kita makan, minum dan melakukan perbuatan-perbuatan haram. - Berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim r.a.
* Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Al-Hujjah Al-Islam Imam Al-Ghazali r.a. berkata, adab berdoa itu ada sepuluh iaitu:-
1. Tunggu pada waktu yang mulia seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, waktu sahur dan sebagainya.
2. Memilih keadaan yang mulia seperti ketika sujud, di medan jihad, turun hujan dan sebagainya.
3. Mengadap Qiblat.
4. Imbangkan suara, jangan terlalu kuat.
5. Jangan bersajak ketika berdoa, maksudnya jangan melampau-lampau dalam susunan kata.
6. Merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.
7. Bersungguh-sungguh dan yakin doa diqabulkan.
8. Serius ketika berdoa, dan terbaik diulang-ulang sebanyak tiga kali.
9. Mulakan doa dengan menyebut nama Allah s.w.t.
10.Paling penting hendaklah bertaubat, kembalikan barang yang dizalimi dan kembalilah kepada Allah s.w.t.
Sunday, August 16, 2009
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- PENERANGAN HADIS 1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. Biografi 1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah. 2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani 3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html |
Wednesday, August 12, 2009
JAUHI PERPECAHAN
Assalamua'laikum
Makna perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Salam yang bermaksud sejahtera atau pun damai. Dan perpaduan sesama umat Islam tanpa mengira warna kulit, budaya mahupun tempat tinggal adalah perkara yang paling dituntut di dalam Islam. Contohilah Rasulullah S.A.W yang membawa kesejahteraan ke seluruh alam melalui kasih sayangnya pada umat baginda.
Sedikit pengajaran daripada Kalam Allah Tuhan sekian alam, dan daripada Nabi Muhammad Pesuruh dan hamba Allah.....
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodohh.”(Surah al-A’raf [7]:199)
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan
berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam), janganlah kamu berpecah belah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran semasa jahiliah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu...(ali-‘Imran: 103)
“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (HR Bukhari dan Muslim).
Hadith drp Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi, "Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas surga.
Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.
Ya Allah Tuhan kami, bukakan antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran. Kerana Engkau sebaik-baik pembuka.
'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)
(Surah al-Hujurat:12)
3. Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)
Marilah kita berlapang dada, kerana musuh kita bukannya saudara kita, pun musuh kita yang paling besar bukanlah jugak musuh zahir yang berada di depan mata kita, tetapi musuh kita adalah rasa dendam yang bersarang di lubuk hati kita, rasa yang lahir dari adu domba musuh kita yang paling nyata iaitu iblis dan syaitan, yang tidak akan leka walau sesaat pun untuk mengajak kita bersamanya di neraka Allah nanti. (Na'uzubillah...)
Ini bukannya masa untuk kita mendabik dada siapa yang benar siapa yang salah, tetapi ini adalah masa kita menjadikan diri kita mulia kerana sifat pemaaf kita. Kasihilah sesiapa sahaja saudara kita yang sedikit khilaf. Kerana dengan takdir Allah segalanya pun akan boleh tertimpa kembali ke atas kepala kita jika kita alpa bahawa semuanya adalah atas kehendak khudrat dan iradat ALLAH jua.
Janganlah kita cuba bertegang lagi. Kendurkanlah. Bagilah masa kepada sesiapa sahaja. Cubalah saudara berkata kepada diri saudara sendiri, rupa rupanya aku telah terlalai dan alpa, nescaya apa yang kita nampak adalah kemuliaan di kemudian hari. Usahlah lagi diungkit siapa yang betul siapa yang bersalah, kerana itu semua hanya menguntungkan musuh musuh kita.
Sebenarnya kita semualah yang bersalah kerana bila kita diuji, kita lupa bahawa yang menguji adalah yang empunya segala kerajaan langit dan bumi. Maka bila kita lupa kita sedang diuji, jadilah kita mendabik dada.
Maksud firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Hanyalah yang memakmurkan rumah-rumah Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah At- Taubah ayat 18.
Anas mengatakan, "Banyak orang yang akan bermegah-megahan dalam mendirikan masjid, tetapi mereka tidak memakmurkannya (meramaikannya) melainkan sedikit"
Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka."
Wallahua'lam.....
Saturday, July 25, 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS ISRA' & MIKRAJ DAN AQIQAH
Agenda Majlis:
8.30 pagi : Sembelih lembu dan melapah
1.23 tgh : Solat Zohor berjamaah
1.30 tgh : Gotong-royong masak-memasak
6.45 ptg : Kehadiran para jamaah muslimin & muslimat
7.00 mlm : Ketibaan Penceramah Jemputan
7.30 mlm : Solat Maghrib berjamaah
7.45 mlm : Ceramah bermula, bertemakan "Isra' wal Mikraj"
8.44 mlm : Solat Isya' berjamaah
9.00 mlm : Jamuan makan (kenduri aqiqah)
Wednesday, July 22, 2009
Yang Baik Itu Istiqamah
Tuesday, June 16, 2009
Renungan Hari Ini
Monday, June 15, 2009
Sunday, June 14, 2009
Renungan Hari Ini
blue hillsSaturday, June 13, 2009
Renungan Hari Ini
Tuesday, April 28, 2009
AQIQAH UNTUK ANAK
Pengertian
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.
Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.
Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.
Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.
Syarat Sah Aqiqah
Syarat sah aqiqah ialah:
-Berniat aqiqah ketika menyembelih.
-Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
-Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
-Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
-Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
-Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
-Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Biri-biri/ 1 tahun atau lebih
Kambing 2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau 2 tahun atau lebih
Unta 5 tahun atau lebih
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
- Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
- Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
- Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
- Memberi nama yang baik kepada bayi
- Berdoa ketika hendak menyembelih
- Daging dimasak manis.
- Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
- Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri
Hikmah Aqiqah
- Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
- Menggalakkan amalan sedekah.
- melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
- Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
- Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
- Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
- membiasakan berkorban bagi orang tua
Monday, April 27, 2009
Program Aqiqah Bulan April 2009
Program ini adalah merupakan program sulung pada tahun ini, di mana AJK Surau mencadangkan agar program ini akan dijadikan program bulanan. Dengan adanya program yang sebegini, Insyaallah akan dapat memartabatkan syiar agama Islam di sekitar Taman Seroja 3 dan Seroja 5. Di samping itu ia juga diharapkan agar dapat menjadikan suatu program yang dapat merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan penduduk.
Program ini bermula dari Jam 8.00 pagi dengan upacara penyembelihan lembu. Gotong royong di kalangan penduduk amat memberangsangkan, di mana mereka sama-sama melapah lembu, membahagikan daging dan seterusnya memasak daging tersebut untuk dijadikan jamuan tengahari dan malamnya.
Di samping gotong royong aqiqah ini, penduduk setempat juga diberi kesempatan untuk mendengar ceramah agama. Program di isi dengan dua sesi ceramah agama iaitu oleh Ybhg. Ustaz NoorulKhalil, Penyelaras Masjid Hulu Selangor selepas waktu asar dan juga Ybhg Ustaz Wan Shamsudin, dari Sekolah Rendah Agama, Bukit Sentosa selepas waktu maghrib. Kehadiran daripada penduduk setempat untuk kedua-dua ceramah ini amat menggalakan.
AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan program ini dan mengharapkan agar program ini dapat diadakan dengan lebih teratur lagi di masa hadapan.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM AQIQAH BULAN APRIL 2009





