Monday, April 27, 2009

Program Aqiqah Bulan April 2009

26 April 2009 bersamaan 1 Jamadilawal 1430H  - Program Aqiqah bagi bulan April 2009 telah dianjurkan dan selamat dijalankan di surau ini. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir sehingga jam 10.00 malam. 

       Program ini adalah merupakan program sulung pada tahun ini, di mana AJK Surau mencadangkan agar program ini akan dijadikan program bulanan. Dengan adanya program yang sebegini, Insyaallah akan dapat memartabatkan syiar agama Islam di sekitar  Taman Seroja 3 dan Seroja 5. Di samping itu ia juga diharapkan agar dapat menjadikan suatu program yang dapat merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan penduduk.

        Program ini bermula dari Jam 8.00 pagi dengan upacara penyembelihan lembu. Gotong royong di kalangan penduduk amat memberangsangkan, di mana mereka sama-sama melapah lembu, membahagikan daging dan seterusnya memasak daging tersebut untuk dijadikan jamuan tengahari dan malamnya.

       Di samping gotong royong aqiqah ini, penduduk setempat juga diberi kesempatan untuk mendengar ceramah agama. Program di isi dengan dua sesi ceramah agama iaitu oleh Ybhg. Ustaz NoorulKhalil, Penyelaras Masjid Hulu Selangor selepas waktu asar dan juga Ybhg Ustaz Wan Shamsudin, dari Sekolah Rendah Agama, Bukit Sentosa selepas waktu maghrib. Kehadiran daripada penduduk setempat untuk kedua-dua ceramah ini amat menggalakan.

AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan program ini dan mengharapkan agar program ini dapat diadakan dengan lebih teratur lagi di masa hadapan.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM AQIQAH BULAN APRIL 2009

     

               

1 comment:

  1. Sibongkok

    Alhamdulillah Surau Hayatul Islam tingkatkan lagi usaha murni ni...Insyaallah

    ReplyDelete